Sunday, June 6, 2010

MD AMIN BIN MD TAFF Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
1
APLIKASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN
LUAR UPSI
MD AMIN BIN MD TAFF
Fakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
amin@upsi.edu.my
Program Pendidikan Luar adalah program yang dilaksanakan di alam
semulajadi yang jauh dari arus kemodenan. Program ini memberikan penumpuan
kepada pengajaran dan pembelajaran kemahiran tradisional seperti berkhemah,
mendayung, mendaki, berenang, snorkeling dan menjelajah. Sehingga kini program
ini masih mengamalkan konsep tradisional dan meminimumkan kesan teknologi
dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Situasi ini wujud lantaran tanggapan
bahawa penggunaan teknologi mungkin akan mendatangkan kesan yang agak negatif
kepada pengamal pendidikan luar yang kebanyakannya mencari ketenangan di alam
semulajadi.
Sesetengah penggiat pendidikan luar menolak aplikasi teknologi dalam
program pendidikan luar kerana bertanggapan bahawa teknologi bakal mengundang
kesan negatif dalam program yang dijalankan. Antara alasan yang digunakan untuk
menolak aplikasi teknologi ini ialah:
1. Penggunaan teknologi bertentangan dengan falsafah dan konsep
pendidikan luar.
Pendidikan luar merupakan suatu bidang yang berfokuskan kemahiran
tradisional atau primitif yang melibatkan aktiviti seperti mendaki, menjelajah
dan mendayung yang dijalankan di alam semulajadi. Ia diprogram khusus jauh
dari arus kemodenan agar manusia dapat mengecapi nikmat kebebasan, jauh
dari pencemaran, berdikari dan mendekatkan diri kepada alam sekitar. Aplikasi
teknologi kelak dianggap bakal mengganggu ketulenan pengalaman individu di
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
2
alam semulajadi dan bercanggah dengan falsafah kehidupan primitif
pendidikan luar.
2. Mungkin akan mewujudkan ‘sindrom pergantungan kepada teknologi’
Sesetengah pihak berpendapat bahawa aplikasi teknologi dalam pendidikan
luar mungkin akan mewujudkan suatu sindrom pergantungan kepada teknologi.
Senario ini mungkin akan mengakibatkan individu malas mencari pelbagai
maklmat berguna yang banyak terdapat di alam semulajadi. Sindrom ini kelak
bakal mengganggu kreativiti berfikir dan proses membuat keputusan dalam
situasi kecemasan. Contohnya aplikasi telefon bimbit dalam pendidikan luar
mungkin menyebabkan individu mengambil sambil lewa prosedur keselamatan
yang seharusnya dipatuhi kerana percaya bahawa pasukan penyelamat boleh
dihubungi dengan cepat dan mudah dengan teknologi telefon bimbit.
3. Peningkatan kos dan jangkamasa penyelenggaraan
Pelbagai peralatan teknologi yang digunakan dalam aktiviti pendidikan luar
seharusnya tahan lasak dan sesuai digunakan dalam sebarang keadaan
cuaca. Faktor ini pastinya melibatkan kos pembelian yang tinggi berbanding
peralatan yang digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Selain itu, peralatan ini juga perlu kerap diselenggara dan dibaik
pulih bagi menjamin jangka hayat penggunaannya. Kesemua faktor ini akan
mengakibatkan kos yang tinggi dan jangkamasa penyelenggaraan yang
panjang seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam
perkhemahan pendidikan luar.
4. Keadaan alam semulajadi dan cuaca yang mencabar
Alam semulajadi merupakan halaman utama aktiviti perkhemahan pendidikan
luar. Bentuk muka bumi yang mencabar seperti banjaran gunung dan sungai
yang berarus deras serta keadaan cuaca yang tidak menentu menyukarkan
aplikasi teknologi dalam perkhemahan pendidikan luar. Selain terpaksa
membawa peralatan teknologi tersebut (contohnya telefon satelit dan komputer
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
3
bimbit), penggiat pendidikan luar juga perlu membawa bateri dan alat ganti
tambahan bagi memastikan alatan ini boleh berfungsi dengan baik. Bebanan
tambahan ini pastinya akan meningkatkan lagi perbelanjaan aktiviti serta
melambatkan sesebuah ekspedisi pendidikan luar.
5. Pencemaran alam semulajadi
Ramai penggiat pendidikan luar bertanggapan bahawa aplikasi teknologi dalam
pendidikan luar kerap mengundang pencemaran alam semulajadi. Di Amerika
Syarikat, akibat desakan syarikat insurans dan pihak penyelamat, penggiat
pendidikan luar dimestikan membawa alatan perhubungan. Implikasi peraturan
ini telah menyebabkan antenna pemancar telekomunikasi dibina di puncak
gunung. Proses pembeinaan antenna ini pastinya melibatkan penarahan bukit,
penebangan hutan dan pembersihan kawasan yang mencemarkan alam
semulajadi serta menjelekkan mata pengunjung.
Walaupun aplikasi teknologi dalam program perkhemahan pendidikan luar
mendapat kritikan hebat, terdapat ramai penggiat pendidikan luar yang berpendapat
sebaliknya. Golongan ini berpendapat bahawa aplikasi teknologi boleh
memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam perkhemahan
pendidikan luar. Selain itu, golongan ini berpendapat bahawa pendidikan luar tidak
seharusnya mewujudkan ilusi ‘dualism’ dalam kehidupan manusia. Sekiranya
teknologi merupakan sebahagian dari kehidupan manusia moden, tiada salahnya jika
ia diaplikasikan dalam program pendidikan luar. Penggiat pendidikan luar ini percaya
bahawa aplikasi teknologi dalam perkhemahan dapat memberikan kesan positif
seperti berikut:
1. Merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.
Akibat sistem pendidikan yang semakin berokuskan akademik, aktiviti
pendidikan luar hanya dapat dijalankan dalam jangkamasa yang singkat
(hujung minggu). Akibatnya program pendidikan luar tidak dapat dijalankan
jauh di alam semulajadi atau banyak masa yang terpaksa dihabiskan dalam
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
4
perjalanan. Sehubungan itu, aplikasi teknologi seperti tayangan video dan slaid
dapat membantu pengayaan pengalaman murid serta merangsang proses
pengajaran dan pembelajaran walaupun perkhemahan tersebut dilaksanakan
di perkarangan sekolah.
2. Alatan perhubungan dan kecemasan
Karl (1999) berpendapat bahawa aplikasi teknologi seperti telefon bimbit
merupakan alatan perhubungan kecemasan yang berkesan. Di Amerika
Syarikat, hampir 80% operasi menyelamat di kawasan pergunungan dibantu
oleh panggilan telefon bimbit. Sehubungan itu, ia telah terbukti berkesan
sebagai alatan kecemasan selain ringan dan mudah dibawa. Teknologi telefon
bimbit dalam pendidikan luar juga membolehkan individu mendapatkan
maklumat terkini tentang perkembangan semasa walaupun berada di puncak
gunung. Selain itu, proses menghantar berita juga boleh dilakukan dengan
cepat dan mudah seperti kejayaan Dato’ Azhar Mansur dan Mohd Muqarabbin
mengelilingi dan menakluki puncak dunia.
3. Mengatasi masalah kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang semakin berkurangan di alam semulajadi.
Ford (1986) menegaskan bahawa salah satu konsep pendidikan luar ialah
learning in, about and for the outdoors. Konsep ini menegaskan bahawa alam
semulajadi memiliki pelbagai khazanah ilmu yang boleh dijadikan sumber
pengayaan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Walau bagaimanapun,
senario di atas mungkin telah berubah masakini. Akibat arus pemodenan dan
pembangunan yang tidak terkawal, sumber alam semulajadi semakin terhad.
Ini sekaligus mendatangkan masalah kepada penggiat pendidikan luar untuk
mencari kawasan perkhemahan yang kaya dengan hasil pembelajaran
semulajadi. Aplikasi teknologi pendidikan speerti tayangan video, e’learning
dan carta pembelajaran boleh membantu mengatasi masalah ini selain
membentuk kefahaman dan merangsang proses pengajaran dan pembelajaran
individu.
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
5
4. Melahirkan masyarakat celik IT dan teknologi
Era perubahan dari zaman industri ke zaman teknologi maklumat telah
berlangsung seawal tahun 80’an. Kini IT dan teknologi merupakan elemen
penting dalam kehidupan seharian manusia. Bagi mengelakkan pendidikan luar
terpinggir dari arus pendidikan perdana, ia seharusnya menggalakkan
penggunaan teknologi dalam programnya. Tambahan pula, aplikasi IT dan
teknologi dalam perkhemahan pendidikan luar bakal melahirkan pelajar yang
celik IT dan teknologi yang kelaka bolh mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian.
5. Menjimatkan kos dan masa
Jika golongan yang menentang aplikasi teknologi dalam pendidikan luar
mempertikaikan pembaziran kos dan masa, aplikasi teknologi juga sebenarnya
menimatkan kos dan masa dari suatu sudut lain. Contohnya program
pendidikan luar melibatkan proses tinjauan lokasi yang panjang khusus untuk
mengenalpasti lokasi yang selamat dan sesuai untuk aktiviti yang akan
dijalankan. Proses ini kerap melibatkan kos yang tinggi dan jangkamasa yang
panjang akibat kawasan rekreasi atau alam semulajadi yang semakin terhad.
Sehubungan itu, aplikasi teknologi dapat menjimatkan kos dan masa tersebut
malah boleh memberikan pelajar pengalaman yang hampir sama dengan
pengalaman sebenar.
Berdasarkan debat di atas, jelas terdapat dua golongan penggiat pendidikan
luar yang mempunyai fahaman berbeza terhadap aplikasi teknologi dalam pendidikan
luar. Sebagai salah seorang penggiat yang telah berkecimpung selama hampir 20
tahun dalam bidang pendidikan luar, penulis percaya bahawa aplikasi teknologi lebih
banyak mendatangkan kesan positif dari negaif. Selain merangsang proses
pengajaran dan pembelajaran, aplikasi teknologi dalam pendidikan luar juga dapat
membantu proses menyelamat, mengatasi masalah bahan pengajaran dan
pembelajaran semulajadi yang semakin terhad dan menjimatkan masa dan kos
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
6
tinjauan. Kesan negatif sewaktu mengapliikasikan teknologi dalam pendidikan luar
pula boleh diminimakan dengan mewujudkan prosedur kawalan yang sistematik dan
penerangan yang jelas kepada peserta.
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR UPSI DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Sebagai salah sebuah universiti yang sedang pesat berkembang, UPSI tidak
ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran para mahasiswa/inya. Pelbagai kemudahan ICT telah dibangunkan di
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim. Penubuhan Pusat ICT,
e’management dan e’learning serta penggunaan kad bercip telah diperkenalkan
khusus untuk membolehkan UPSI bersaing untuk menjadi salah sebuah universiti
yang bertaraf dunia.
Program pendidikan luar UPSI juga tidak ketinggalan dalam menyahut seruan
kepenggunaan telnologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
Selain menggunakan pelbagai jentera (generator elektrik dan air), program pendidikan
luar UPSI juga menggunakan pelbagai alatan teknologi pendidikan yang canggih bagi
merangsang proses pembelajaran mahasiswanya.
Selaras dengan hasrat aplikasi teknologi dalam perkhemahan pendidikan luar,
UPSI telah merangka program perkhemahan yang dijalankan berpusat di alam
semulajadi selama 14 hari. Kaedah ini dapat menjimatkan kos dan jangkawaktu
pemindahan peralatan serta dapat meminimkana kerosakan peralatan akibat proses
pemindahan yang terlalu kerap atau tidak cermat.
Lokasi yang kerap dipilih adalah Pulau Singa besar, Langkawi; Taman Laut
Pulau Redang, Terengganu; dan Teluk Sekadeh, Pulau Pangkor kerana lokasi ini
merupakan alam semulajadi yang terletak berhampiran dengan kemodenan dan
dilengkapi dengan bekalalan elektrik dan air bersih. Selain hampir dengan pusat
kecemasan seperti baial polis dan hospital, lokasi ini juga terletak dalam zon
lingkungan liputan telefon dan internet.
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
7
Antara alatan yang kerap dan sedang dugunakan dalam program Pendidikan
Luar UPSI ialah komputer bimbit, kamera digital, radio, LCD, telefon bimbit dan carta
pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar digalakkan menggunakan peralatan ini
dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan tersebut.
Sebagai contoh, setiap malam pelajar akan diberikan tugasan yang perlu mereka
laksanakan pada keesokan harinya. Sehubungan itu, mereka perlu mencari maklumat
aktiviti tersebut dengan menggunakan pelbagai alatan teknologi pendidikan yang
tersedia. Kaedah pembelajaran kendiri dan berpasukan ini telah dikenalpasti berkesan
dalam merangsang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar sewaktu
melaksanakan aktiviti sebenar pada keesokan harinya.
Sewaktu refleksi, tayangan video yang dipancarkan menggunakan LCD
mengukuhkan lagi pengalaman dan pengetahuan pelajar. Selain itu, khidmat WAP
dan GPRS dari telefon bimbit membolehkan pihak pengurusan kem sentiasa bersiaga
dengan sebarang perubahan cuaca yang mungkin berlaku.
Di masa hadapan, pihak UPSI merancang untuk memperkenalkan pelbagai
kemudahan dan teknologi terkini seperti Global Positioning System (GPS) dan
e’learning bagi merangsang lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
efektif di kalangan pelajar yang mengikuti perkhemahan pendidikan luar.
ISU APLIKASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN
LUAR UPSI
Selain merangsang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dan
mendatangkan pelbagai kesan positif , terdapat juga beberapa kekangan terhadap
penggunaan teknologi dalam perkhemahan pendidikan luar UPSI. Antaranya ialah:
1. Kesesuaian peralatan teknologi terhadap lokasi aktiviti
Perkhemahan pendidikan luar UPSI majoritinya dijalankan di kawasan pulau
(Pulau Redang, Pulau Singa besar dan Pualu Pangkor). Situasi yang berdebu
dan berpasir serta pengaruh pemeluwapan air masin boleh mengakibatkan
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
8
kerosakan pada alatan elektronik yang digunakan (komputer bimbit, LCD dll).
Sehubungan itu, banyak masa dan kos perlu diperuntukkan untuk menjaga
keadaan atau situasi alatan ini. Selain itu, setiap alatan perlu dibungkus
dengan rapi dan kalis air bagi mengelakkan kerosakan sewaktu proses
pengankutan.
2. Bekalan tenaga
Bekalan tenaga dalam program Pendidikan Luar UPSI datangnya dari
generator yang dibawa khas. Bekalan tenaga yang tidak sekata serta mungkin
terputus akibat gangguan mekanikal boleh mengganggu penggunaan alatan
elektronik tersebut.
3. Kawasan liputan
Oleh kerana kawasan liputan syarikat telekomunikasi yang terhad di malaysia,
program pendidikan luar UPSI terpaksa dijalankan di kawasan yang tertentu
sahaja. Situasi ini mungkin akan menyekat kreativiti pemilihan lokasi
perkhemahan serta menrosakkan alam sekitar akibat penggunaan yang terlalu
kerap.
4. Jangkawaktu yang diperlukan untuk penyediaan bahan pengajaran dan
pembelajaran
Oleh kerana kekangan wireless internet di lokasi perkhemahan, kebanyakan
bahan pengajaran dan pembelajaran perlu di’pre install’ ke dalam komputer
sebelum perkhemahan. Proses ini kadangkala memngambil masa yang lama
akibat kepelbagaian program yang dijalankan dalam perkhemahan pendidiknal
uar. Selain itu, perisian yang digunakan mungkin tidak berfungsi akibat
kerosakan sistem atau teknik penggunaan yang tidak berhemah.
5. Kekurangan pakar teknologi maklumat
Majoriti tenaga pengajar perkhemahan pendidikan luar hanya memiliki sedikit
pengetahuan tentang aplikasi teknologi pendidikan. Sehubungan itu, aplikasi
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
9
yang digunakan mungkin agak ketinggalan berbanding dengan kemajuan
teknologi pendidikan masakini.
6. Kekangan pinjaman alatan
Aplikasi teknologi pendidikan dalam program pendidikan luar adalah suatu
pendekatan yang baru. Kadangkala pihak penganjur perkhemahan pendidikan
luar mengalami kekangan pinjaman alatan kerana Pusat Teknologi Pendidikan
kurang yakin dengan keselamatan peralatan tersebut yang terdedah kepada
risiko kerosakan akibat cuaca ataupun kecurian.
Bagi mengasi pelbagai kekangan di atas, penulis telah dan sedang mengambil
tindakan berikut:
1. memberi dan membina kesedaran pada orang ramai dan penggiat pendidikan
luar tentang kepentingan teknologi pendidikan dalam merangsang proses
pengarajran dan pembelajaran pelajar sewaktu sesi perkhemahan.
2. Membina dan memperkenalkan prosedur penyelenggaraan dan keselamatan
peralatan yang sistematik dan berterusan.
3. Menyediakan bekas alatan yang tahan lasak dan kukuh.
4. Menyediakan bekalan tenaga alternatif seperti panel solar bagi mengatasi
masalah gangguan tenaga ataupun berkhemah di kawasan yang mempunyai
bekalan tenaga elektrik (contohnya Pulau Redang).
5. Menghantar tenaga poerkhemahan pendidikan luar mengikuti kursus dan
seminar teknologi pendidikan.
6. Memperbanyakkan lagi kajian tentang kesan penggunaan teknologi pendidikan
dalam perkhemahan pendidikan luar agar masyarakat sedar tentang
kepentingan dan kebaikan penggunaan teknologi ini.
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Teknologi Pendidikan Kebangsaan
Terengganu, November 2005
10
RUMUSAN
Perubahan dari era industri ke era teknologi maklumat sedang pesat berlaku
dan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Maklumat yang dahulunya mengambil
masa berminggu-minggu untuk sampai ke destinasi kini boleh digapai dengan sekelip
mata. Kini, teknologi merupakan sebahagian penting dalam kehidupan manusia
moden. Sehubungan itu, perkhemahan pendidikan luar juga tidak dapat lari dari realiti
ini. Walaupun dilaksanakan jauh dari arus kemodenan, perkhemahan pendidikan luar
harus mengaplikasikan teknologi samada untuk tujuan keselamatan mahupun
pengayaan pengalaman pelajar. Pendapat tentang kesan negatif aplikasi teknologi
dalam perkhemahan pendidikan luar harus disangkal dan dibuktikan dengan pelbagai
kesan positifnya. Selain itu, pakar teknologi juga seharusnya menaikan peranan yang
aktif dalam membina peralatan dan perisian yang boleh digunakan di persekitaran
terbuka dan alam semulajadi. Hanya dengan kerjasama erat di antara penggiat
pendidikan luar dan pakar teknologi sahajalah bidang ini boleh diperkembangkan
penggunaannya walaupun seseorang itu sedang berkayak di kawasan terpencil di
benua Antartika.

No comments:

Post a Comment